Pop Up

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas

Friday, 27 September 2013

Puppy Factory & The Ugly Truth



Papa Hero's Fur Corner: Adakah Mama Rossy Menjadi Mangsa Breeder?

Pada mulanya, saya agak serba salah juga semasa menulis artikel ini. Saya cuma bimbang ianya disalahertikan oleh sesetengah pihak. Tetapi, untuk memperjuangkan hak haiwan ini kita memerlukan keberanian dan seterusnya melakukan tindakan bagi memelihara hak mereka untuk terus hidup di atas dunia ini.


Untuk artikel kali ini, saya ingin menceritakan kisah seekor anjing baka German Shepherd (GSD) betina yang malang. Pada awal Julai 2013 baru-baru ini, saya telah menjaga seekor anjing baka German Shepherd. Saya diberitahu bahawa anjing ini telah diselamatkan oleh seorang individu dari dilupuskan (euthanasia). Dipendekkan cerita, saya telah membawa anjing GSD tersebut ke Cat Village saya yang menempatkan banyak kucing-kucing jalanan yang telah diselamatkan dari dilupuskan oleh pihak berkuasa.  Ketika kali pertama melihatnya, hati saya berasa sangat sayu apabila melihat keadaannya yang sangat kurus dan tidak bertenaga. Nipplenya mengeluarkan susu apabila dipicit. Secara tidak langsung saya beranggapan bahawa anjing ini pernah mempunyai anak. Saya menamakannya Mama Rossy.


Semenjak Mama Rossy berada di kebun Cat Village, saya telah menggiatkan usaha untuk memantau kesihatannya termasuklah menjaganya pada waktu malam. Saya juga telah membawanya ke klinik haiwan untuk pemeriksaan. Tetapi keadaannya masih tidak stabil setelah pulang dari klinik. Selain dari itu, saya juga selalu membawa Mama Rossy bersiar-siar ke atas bukit untuk menjalani latihan terapi bagi mengembalikan staminanya. Saya agak terkejut apabila mendapati Mama Rossy tidak pandai berlari! Dia hanya berlari secara perlahan dan kemudian berjalan seperti biasa. Ini agak menghairankan saya kerana setahu saya anjing baka hebat ini sangat efisyen berlari. Mama Rossy tiada masalah di dalam bab pemakanan. Untuk menjamin keselesaannya, saya telah membina satu rumah anjing khas untuknya. Apa yang saya perhatikan, keadaan Mama Rossy menjadi semakin lemah setiap hari tetapi selera makannya masih ada.


Sehinggalah pada suatu hari, saya membawa Mama Rossy bersiar-siar seperti biasa. Saya sangat terkejut kerana secara tiba-tiba dia jatuh rebah di hadapan saya. Kaki belakangnya bengkak dan saya  melihat ada lalat menghurungi bahagian kemaluannya. Apabila saya memeriksanya, saya sangat terkejut apabila mendapati bahagian anus dan kemaluannya dipenuhi dengan maggot. Jumlahnya tersangatlah banyak dan baunya sangat busuk.

Saya membawa Mama Rossy ke klinik haiwan untuk pemeriksaan. Hasil dari pemeriksaan awal, Mama Rossy mungkin menghidap kanser pada alat kelaminnya. Beberapa bahagian abdomennya juga didapati bengkak yang disyaki akibat Traumatic Injury. Mungkin dia pernah dipukul sebelum ini. Tubuhnya yang sangat kurus kemungkinan besar disebabkan oleh maggot telah masuk ke dalam perut dan memakan organ-organ dalamannya. Doktor juga berkata Mama Rossy bakal berhadapan dengan rawatan yang sangat sukar kerana ia melibatkan organ dalaman dan penyakitnya boleh dikatakan di tahap kritikal. Saya menerima berita ini dengan perasaan yang sangat sedih.

Genap sebulan rumah Mama Rossy yang saya bina telah pun siap walaupun tidak sepenuhnya. Mama Rossy kelihatan gembira apabila dapat berteduh di dalamnya walaupun sedang sakit. Tetapi malangnya dia hanya sempat berteduh di rumah anjing tersebut selama 3 hari sahaja. Mama Rossy telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam rumah itu di hadapan saya. Mama Rossy mati di atas pangkuan saya. Ketika itu perasaan sedih menjadi bertimpa-timpa.

Saya telah mengebumikan Mama Rossy di atas bukit di kebun Cat Village. Mama Rossy adalah seekor anjing yang sangat taat dan patuh pada arahan saya. Dia seolah-olah faham setiap kata-kata saya. Saya masih teringat ketika membawanya bersiar-siar ke atas bukit di mana Mama Rossy kelihatan memandang dunia ini dengan penuh kehairanan. Dia kelihatan seperti tidak pernah melihat dunia sebelum ini. Dia kelihatan hairan apabila melihat burung-burung yang berterbangan. Dia juga kelihatan seperti seorang banduan yang telah dipenjarakan selama 20 tahun. Saya beranggapan bahawa Mama Rossy mungkin telah dikurung dalam tempoh yang sangat lama.


Berikutan kisah pilu Mama Rossy ini, doktor dan juga saya membuat kesimpulan bahawa Mama Rossy pernah dijadikan sebagai induk untuk dibuat baka. Dia mungkin telah diabaikan setelah didapati tidak dapat menghasilkan anak lagi. Sekiranya andaian saya ini benar, saya sangat risau kalau-kalau masih ada anjing-anjing yang akan senasib dengan Mama Rossy.


Saya menjadi ‘down’ apabila Mama Rossy mati lebih-lebih lagi saya baru sahaja kehilangan Kiki Lala. Apa tidaknya, walaupun hanya sebulan kami bersama namun terdapat banyak kenangan yang telah kami cipta bersama. Semasa hayatnya masih ada, kisah-kisah Mama Rossy sering saya poskan di halaman Facebook Kakimotong Fan Club sebagai salah satu cara untuk mendidik masyarakat agar lebih menghargai makhluk ciptaan Tuhan yang sangat hebat ini. Ramai orang menjadi sayang kepadanya. Saya juga telah membuat video sebagai penutup tirai kenang-kenangan saya bersamanya setelah dia mati. Apabila saya rindu padanya, saya akan menyaksikan video tersebut.


Saya amat berharap agar satu hari nanti akan wujud satu garis panduan ( guideline ) oleh pihak berkuasa bagi mengawal kes-kes sebegini. Ianya sangatlah membawa mudarat kepada anjing itu sendiri sekiranya pembiakan dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertauliah. Saya berpendapat bahawa individu yang melakukan aktiviti ini perlu dilesenkan dan sekiranya gagal mematuhi akta, mereka boleh didenda di bawah akta terbabit. Dengan cara sebegini, ianya mungkin secara tidak langsung dapat mengawal kes-kes seperti Mama Rossy. Kisah kematian tragisnya telah mendapat liputan yang sangat meluas di Facebook. Untuk melihat akta ini direalisasikan, kita perlu bersatu untuk membawa suara yang besar agar dapat dibentangkan di Parlimen. Bagi saya, ini adalah satu-satunya cara untuk kita mengekang gejala negatif ini dari berulang. Banyak NGO telah bersuara mengenainya tetapi justifikasinya mungkin tidak cukup kuat untuk dibentangkan di Parlimen.

The filthy state of puppy mills

Kesimpulannya, kitalah yang seharusnya menjadi suara bagi haiwan yang senasib seperti Mama Rossy. Jangan takut untuk menceritakan kekejaman yang telah dilakukan kepada haiwan kepada NGO-NGO yang sedang berjuang menjaga hak mereka. Walaupun kita berlainan bangsa, agama dan fahaman politik, namun itu kita masih mempunyai perjuangan yang sama iaitu menentang kekejaman terhadap haiwan. Sekiranya andaian saya ini benar ( iaitu Mama Rossy telah dijadikan induk pembiak baka yang tidak bertanggungjawab ), maka dia adalah mangsa kekejaman dan pelakunya wajib dihukum. Tetapi, masalahnya ialah sehingga kini tiada akta yang dapat mensabitkan ke atas mereka sedangkan mereka membuat wang dengan cara yang mudah.


Blogger's note: The unfortunate Mama Rossy is just one of the many victims of commercial breeders. It saddens me when the dog which people used as a cash machine can no longer produce, they just dump the poor soul. The practice of breeding dogs is much like a Skim Cepat Kaya in Malaysia. No need for degree or basic education. Low investment and quick returns. When people use dogs as a tool to fill their rice bowls, you know that the welfare of the animals is not a priority anymore. Breeding mills or puppy mills or dog farms are hell on earth. The dogs have nothing else to do than being a baby machine against their will. Hundreds of dogs are imprisoned in cages, with no proper grooming, nutrition, recreation and most importantly, they've never seen love. I fervently hope we can all push for a law that bans breeding mills. It's true that rules will be broken if the profits in doing so make it a worthwhile risk. Them greedy humans will surely pounce on it. But a ban is like laying the first brick for the next huge wall of obstacle for perpetrators. I know there are some caring and educated breed specialists/enthusiasts who do breeding to improve the breed and know exactly what they're doing. In my opinion, these are the only people who should be licensed to breed. Breeding mills should cease to exist, if they were managed by irresponsible people who only care about money, not the dogs, or any animals for that matter. Licensed reputable home breeders ought to be inspected regularly, but if they fail to provide the best of welfare for their dogs, their license should be rightfully revoked. Moreover, I believe that there should be a mating-ceiling (quota) where a bitch can only be used to breed for a certain number of times. I can go on and on about this... But before we get there, have you seen the recent video that's been circulating on the net, showing the city council in Kajang catching strays in barbaric way? Look at the public outcry it has garnered. Likewise, let's help various NGOs to expose the filthy and dire conditions in breeding farms. If you happen to know the existence of such farms...you know what to do now.

If it's your first time here, this segment is my hybrid bilingual post with renowned animal activist Papa Hero (from Kakimotong Fan Club), sharing his thoughts and views on animal welfare. This segment is also dedicated to a section of A Fortress of Fur followers who may feel comfortable reading in Bahasa Melayu (thanks to popular request). So now with this in place, you have no excuse to miss out on education and awareness due to language barriers. The English version can be found in our September edition magazine, in a two-page spread. If you didn't manage to get a copy, read it online on page 36-37.


Yours Furly,
L'Shawn Tanis

3 comments:

  1. To Papa Hero, you are indeed a true hero to Mama Rossy and all the animals you have taken into your care. It breaks my heart to see how you lovingly carried her body and i have tears in my eyes as I typed this, but I do find comfort in knowing that her sufferings has ended and she can finally rest in peace.

    ReplyDelete