Pop Up

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas

Thursday, 23 May 2013

Papa Hero's Fur Corner: Vets Are Not Gods


Dapatkan Rawatan Awal. Doktor Veterinar Bukannya ‘Tuhan’
by Papa Hero

Pada penulisan artikel kali ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang satu topik yang agak panas dan ianya selalu berlaku sejak akhir-akhir ini. Hampir setiap hari saya menerima mesej menerusi Personal Message di Facebook Kakimotong Fan Club mengenai beberapa aduan yang datang dari individu yang menyalahkan doktor veterinar. Doktor veterinar dikatakan PUNCA penyebab kematian kucing mereka. Ada juga yang memarahi doktor haiwan yang dikunjungi secara terbuka di laman sosial dan menyeru orang ramai agar memboikot klinik haiwan tersebut. Bagi saya, ini adalah suatu tindakan yang sangat tidak bijak dan tidak patut dilakukan. Silap haribulan, individu ini boleh disaman malu oleh doktor haiwan terbabit kerana memburuk-burukkannya.
Why blame others?

Di antara aduan yang sering saya terima ialah mengenai doktor haiwan yang dikatakan sebagai ‘cekik darah’ dan membuat kerja sambil lewa tetapi meminta kos rawatan yang tinggi walaupun kucing mereka sudah pun mati akibat penyakit yang dihidapi oleh mereka. Sebagai peringatan di sini, bagi kes-kes penyakit berbahaya seperti Parvo Virus, FIP, FIV dan sebagainya tiada apa yang boleh dilakukan oleh kebanyakan doktor veterinar kerana penyakit ini masih belum ada penawarnya.

Apabila saya bertanyakan lagi apa sakit kucing mereka, ada yang berkata kucing mereka kecacingan, sakit batu karang, kencing berdarah, demam kuning ( Jaundice ), FIP, Parvo Virus dan juga beberapa penyakit kronik yang lain. Apabila saya bertanya lagi, kenapa tidak membawa mereka ke klinik dengan lebih awal? ( kes kucing kencing berdarah dan Jaundice ), ada yang berkata mereka sedar bahawa kucing mereka sakit tetapi mereka tiada masa untuk membawanya ke klinik dan ada juga yang mengadu mempunyai masalah kewangan. Yang paling teruk, ada yang berkata “Saya ingat kucing saya ni sakit biasa-biasa ajer…”. Bagi saya, semakin lama kita bertangguh, semakin tinggilah kos rawatan yang perlu kita tanggung.


Baiklah, di ruangan emas ini saya ingin berkongsi satu kisah benar yang berlaku baru-baru ini mengenai kucing yang lambat menerima rawatan dari doktor. Kisahnya bermula apabila saya telah menghantar kucing saya yang terkena ulser di mulut dan demam. Setelah selesai rawatan, saya pun berangkat pulang. Tiba-tiba ada saya terlihat seekor kucing terbaring betul-betul di hadapan pintu masuk klinik haiwan tersebut. Dengan pantas saya sempat menangkap gambar moment kucing malang tersebut. Sebagai penulis blog bebas, saya memang sentiasa membawa kamera ke mana jua saya pergi.

Saya membuka pintu dan tercengang melihat keadaan kucing yang kelihatan hampir mati ini. Kemudian ada seorang lelaki cuba mengangkatnya tetapi dia kelihatan geli dengan kucing tersebut. Tanpa berlengah, saya membantunya mengangkat kucing tersebut masuk ke dalam klinik. Setelah saya bertanyakan kepada lelaki tersebut, dia mengaku bahawa itu adalah kucingnya yang dipelihara selama 4 tahun. Kucing itu kelihatan sangat parah. Nafasnya lemah, dadanya ada kesan luka gigitan, bernanah dan berbau sangat busuk. Menurut lelaki ini, kucing ini dibiarkan bebas di luar rumah dan dipelihara secara outdoor. Pada suatu hari, kucing ini pulang ke rumahnya dalam keadaan berdarah dan tempang. Ia berlaku sebulan yang lepas. Kesilapan besar yang dilakukannya ialah tidak menghantar kucing tersebut ke klinik untuk menerima rawatan awal. Dia hanya meletakkan ubat kuning dan memberinya makan seperti biasa. Akibat kesibukan tugas dan masa, dia gagal memberikan perhatian sepenuhnya kepada kucingnya yang sedang sakit. Pada hari ini, keadaan kucingnya menjadi semakin parah lalu dibawa berjumpa dengan doktor haiwan.


Doktor haiwan menggeleng-gelengkan kepalanya menunjukkan pembayang bahawa kucing ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Berdasarkan pemeriksaan doktor, organ dalaman kucing ini sudah dijangkit kuman dan mungkin terdapat keracunan di dalam darahnya. Doktor juga memberitahu bahawa dia tidak boleh merawat kucing tersebut. Lelaki tersebut seperti tidak percaya akan kata-kata doktor tersebut dan mengatakan bahawa semalam kucing ini masih mahu makan dan ini bermakna ia masih boleh diselamatkan lagi. Doktor tetap tegas dengan pendiriannya bahawa ia sudah terlewat untuk diselamatkan dan turut menegur lelaki itu mengapa kucing ini lambat menerima rawatan. Akibatnya berlaku sedikit perselisihan faham di antara kedua mereka. Apa yang menyentuh hati saya ialah doktor veterinar tersebut menyebut ayat:
“Encik, saya bukannya Tuhan…Kalau kucing yang hampir mati dibawa berjumpa dengan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa…Kalau dia dibawa lebih awal mungkin saya boleh tolong…”

Lelaki tersebut terdiam seribu bahasa. Saya memerhatikan keadaan sekeliling menjadi senyap sunyi sehingga terdengar hembusan nafas kucing malang itu yang hampir mati.

Apa yang menarik perhatian saya, lelaki ini seolah-olah menyesal dan mengakui kesilapannya kerana tidak membawa kucingnya ke klinik dengan lebih awal. Dia kembali tenang dan mengucapkan terima kasih kepada doktor veterinar tersebut lalu membawa kucing malang itu pulang. Doktor ada membekalkan sedikit ubat-ubatan kucing kepadanya. Samada dia memberi kucing itu makan ubat atau tidak, hanya Tuhan sahaja yang tahu.


Selang beberapa hari kemudiannya, saya pergi ke klinik haiwan itu semula untuk mendapatkan rawatan bagi kucing saya yang lain. Tetapi kali ini saya terharu apabila terjumpa dengan seorang lelaki yang sanggup keluar dari pejabatnya hanya semata-mata untuk mendapatkan rawatan untuk anjingnya yang sakit. Tambahan pula anjing yang dipeliharanya adalah anjing yang dikutip di tepi jalan. Dari tindakan beliau sudah jelas menunjukkan bahawa TIADA MASA itu bukanlah satu alasan. Prinsipnya cukup berlainan dari lelaki yang pertama tadi, bukan?

Moral of the story :
Janganlah kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada doktor haiwan apabila berjumpa dengan mereka. Kita perlu sedar bahawa doktor haiwan juga adalah manusia biasa dan mereka bukannya ‘Tuhan’. Saya amat yakin kebanyakan doktor haiwan telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perkhidmatan seseorang doktor veterinar, buatlah aduan di dalam saluran yang betul, bukannya memaki hamun di dalam laman sosial dan mencetuskan provokasi, memboikot dan sebagainya. Itu adalah cara orang yang tidak profesional.
The Procrastinators Club

Sekiranya kita terlihat ada di kalangan kucing-kucing kita yang sakit, usahlah bertangguh untuk membawa mereka ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan. Yang paling penting, jangan sekali-kali kita membuat tafsiran sendiri tentang penyakit yang kucing kita hidapi sekiranya kita tidak bertauliah di dalam sektor veterinar.

Selepas anda terbaca artikel ini, jagalah hubungan kemesraan kita dengan doktor haiwan. Kalau kucing kita dilanda kesusahan, mereka juga yang bakal membantu. Ikutlah nasihat konsultansi dari mereka yang pakar dan bertauliah. Saya yakin sekiranya kita sama-sama membuang ego dan rasa meninggi diri menerima nasihat dari mereka yang pakar, kucing-kucing kita juga bakal mendapat faedah darinya. Kalau kucing kita mati di atas meja doktor veterinar, itu semua adalah kuasa Tuhan. Tuhan melakukan semua itu adalah kerana untuk menguji kesabaran kita dan ingin menyedarkan kita dari melakukan kesilapan yang sama secara berterusan. Kalau kita tidak membuang sikap ego, mana-mana doktor veterinar akan dianggap sebagai ‘kejam’.

Pada pendapat saya, kos rawatan kucing yang tinggi adalah banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Sekiranya kita mendapatkan rawatan yang lebih awal untuk kucing kita serta menjaga perimeter pergerakannya, semakin rendahlah kos rawatannya. Tetapi sekiranya kita lewat mendapatkan rawatan, maka semakin tinggilah kos rawatannya. Di sinilah penanda aras di mana kita akan sedar sejauh mana keprihatinan kita di dalam perihal memelihara kucing. Tuhan itu cukup adil, bukan?

If doctors are 'Gods'? 

Blogger's note: First aid saves lives. So is early treatment. Don't delay, unless your colon can provide you great ideas.
If  it's your first time here, this segment is my hybrid bilingual post with renowned animal activist Papa Hero (from Kakimotong Fan Club), sharing his thoughts and views on animal welfare. This segment is also dedicated to a section of A Fortress of Fur followers who may feel comfortable reading in Bahasa Melayu (thanks to popular request). So now with this in place, you have no excuse to miss out on education and awareness due to language barriers. The English version can be found in our May edition magazine, in a two-page spread. If you didn't manage to get a copy, read it online on page 46-47.


Yours Furly,
L'Shawn Tanis

Friday, 17 May 2013

Mother's Day Entry: Maternal Love


It's the month again where we celebrate our mothers. When I was young, my parents always told me that animals love their offspring/babies more than humans. I've seen it when our cats and dogs gave birth. Those who doubt animals' maternal instinct probably don't know that some animals can sense when their babies are in danger. Yes, even though when they're miles away looking for food. Animals will put their lives on the line to defend their offspring. There are a lot more evidence that a mother's love for its offspring is not just for the sake of survival and continuity of the species only. There is something more to it. Or at least that's what I want to believe..

A couple of years back I watched this one documentary about a big cat. It's probably one of the most amazing turnarounds in the animal kingdom that's ever been recorded on video.

video

Zoe Brennan of Daily Mail UK retelling the story.

She is the ultimate predator - a sleek and stealthy killer. Pouncing on her prey, she silences the baboon with one swipe of a vicious paw. Then, suddenly, something stirs in the dead animal's fur, and the law of the jungle is rewritten.

From the bedraggled pelt of her kill crawls a tiny infant - a one-day-old baboon. In that moment, this young leopard forgets she is a hunter, and nurtures the baby baboon as if it were her own cub.

Smelling blood, a pack of hyenas gather to finish off the kill. Legadema, as she has been named by the camera crew who took these moving shots, carefully carries the baby baboon high up into a tree for protection. There, she cuddles the newborn to her for warmth through the long, African night.

"It was as if nature had turned on its head completely," says Dereck Joubert, a filmmaker who followed Legadema for three-and-a-half years in her natural habitat, the Okavango Delta of Botswana.

"She had killed the mother primate, but then found this live new-born on the ground. The little baboon called out, and we thought we were going to hear a major crunch and the leopard smacking its lips, but instead the baby baboon put its paws out and walked towards the young leopard.

"Legadema paused for a moment, apparently not knowing what to do. Then she gently picked it up in her mouth, holding it by the scruff of its neck and carrying the infant up a tree to keep it safe."


Baboons are arch enemies of the leopard, and one of their major food sources, but Legadema - the local Setswana word for "light from the sky" - was in the transitional stage between cub and predator, and it seems her maternal instincts came to the fore.

The film crew kept watch through the night. "Several times, the baby baboon fell out of the tree," says Joubert. "Each time, Legadema raced down to pick her up before the hyenas descended, and carried her back up to safety.


"The baboon clearly thought of Legadema as a surrogate mother. For several hours, they nestled in the tree."
He adds: "Legadema was like a cat looking after her own kitten, rather than predator and prey. She was part inquisitive cub, part mother -and forgot momentarily that she was a hunter. It was quite extraordinary and very moving to watch."


I'm speechless.There's a famous saying that goes like this; A leopard never changes its spots.

Now I doubt it. As Brennan puts it, the law of the jungle has been rewritten. 
Happy Mother's Day, everyday!

Friday, 10 May 2013

Animals Don't Discriminate


In light of the just concluded 13th General Elections, there's certainly a political divide and outcry over the social media. Again, I'm not going to side any political party. Congratulations to those who won and for those who didn't there's always next time. As I write this, I'm extremely saddened that some of my animal-lover friends went separate ways due to some conflict over Facebook postings related to the election. Only a couple of weeks ago, we sat together and spoke about starting a program involving school children, and nurturing the love for animals among the young. But looks like they've just got so much differences now, apart from the fact that they all love animals. But it doesn't matter anymore because the rift went too far. Silly season it is..

Subsequently, as the Internet buzzed with tension, another issue that gained plenty of discourse is racism. Let’s not argue about who started it first. What’s more important is, we show that no one can take our unity away from us. It’s like someone tells you that your parents don’t love you anymore. I think most of us will be unfazed and unperturbed because we know for sure that they love us. Maybe we don’t agree with our parents on everything. But we love them no doubt. Any attempt to influence or quash that belief will fail miserably. Similarly, racial unity should come to a threshold of immunity among us. Something that can’t be affected by hatred mongering and finger pointing parasites.

Some lovely likes and comments left by my fellow Fursians

Why am I harping on about unity in a Pet Blog? Why not? Even if this blog is a site for gynecology, I will still champion unity. Well, jokes aside, being animal lovers, I believe we’re still the minorities in this country. We have a long, long way to go before we can fully educate the citizens about animal rights and the need to stand up for them. If we are not united in our cause, then we’ll just waste our time blaming and fighting among ourselves over something that was never a problem in the first place. The voice of our furry siblings will become insignificant altogether. We’ll be too busy looking after our own interests and the animals will be left rotting in their misery. We have to exorcise this demon in us. Now now....



I’d like to take A Fortress of Fur for example.  There are three entities that I closely work with behind the scene who make part of this page.  Editor in Chief of PETSTER Magazine William Tan and renowned animal activist Papa Hero from Kakimotong Fan Club. Along with me L'Shawn Tanis, we make an awesome fursome team of what I call a true Malaysia. William-Chinese, Papa Hero-Malay and Me-Indian. The three of us get along very well without prejudice. It never crossed our minds on what race we are.We speak the same goals and vision. We do not care about our differences, and we stay true to our values of being Malaysians. I’m proud to be able to work with these two incredible brothers. I’m forever indebted to Malaysia for giving me this pleasure of harmony beyond colour and creed.

- KAMI ANAK MALAYSIA -

Before I end, it's ironic that the lesson on discrimination is best delivered by our furkids. Just look at them. They’ve never judged us based on our colour. For them we’re all the same. And the last time I checked, humans should be able to think better, no?




You heard that? 
Now let’s unite fursians!