Pop Up

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Powered By EXEIdeas

Monday, 8 April 2013

Papa Hero's Fur Corner: Pet Owners Must Change


 

Ohhh Pemilik Haiwan: oleh Papa Hero

Setiap manusia sudah tentunya dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik. Tetapi, manusia yang paling bertuah di atas muka bumi ini ialah manusia yang mempunyai sifat sayangkan haiwan. Sungguhpun begitu, tidak semua orang yang mempunyai sifat sayangkan haiwan mempunyai sikap yang baik. Ada manusia yang mempunyai sifat sayangkan haiwan tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang sebaiknya terhadap haiwan yang dipelihara khususnya anjing dan kucing.

They love you, but do you return their love?

Saya juga mempunyai tiga ekor anjing jalanan yang kini menjadi ‘Permanent Resident’ di rumah saya. Sungguhpun saya belum cukup ilmu tentang anjing, tetapi secara logiknya saya juga tahu bahawa anjing adalah seekor haiwan yang aktif dan memerlukan pergerakan yang bebas semaksimum yang mungkin. Mereka perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana mereka adalah haiwan yang sangat patuh dan taat kepada tuannya. Saya tidak pernah mengikat anjing saya dan saya hanya membiarkan mereka bebas bergerak ke sana ke mari di kawasan anjung kereta (car porch) di dalam kawasan pagar rumah. 

Exercise is vital for mental and physical well-being

Setiap hari saya berpesan kepada anjing saya supaya jangan membuang najis di dalam rumah, tetapi panggil saya sekiranya mahu berbuat demikian. Sehingga kini, Jojo tidak pernah membuang najis di kawasan anjung kereta. Dia akan menyalak apabila ingin membuang najis dan saya akan menemaninya dengan membuat ‘dog walking’ di sekitar kawasan rumah. Saya tidak pernah merasa beban untuk membersihkan najisnya kerana saya tidak perlu melakukan itu semua. Saya telah MELATIHNYA. Mesej yang saya ingin sampaikan di sini ialah kebanyakan pemilik anjing gagal melaksanakan tanggungjawab untuk MELATIH mereka. Anjing adalah seekor haiwan yang sangat bijak dan mereka faham apabila diberi arahan. 
Cat caged till death. Lived its entire life in pile up of feces

Unsanitary condition

Saya sangat sedih apabila melihat anjing-anjing yang dipelihara telah diikat dengan tali yang sangat pendek dan membiarkannya di tengah-tengah panas dan hujan. Lebih malang lagi, tempat anjing itu diikat dipenuhi dengan najis dan sangat kotor. Apabila melihat keadaan ini, ia sudah tentu menimbulkan rasa stress dan tidak mustahil anjing yang dipelihara akan dipukul dan didera.

What have they done to deserve this?

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu kisah saya pernah melaporkan satu kes kepada DVS ( Department Veterinary Services ) di mana terdapat seekor anjing besar telah ditempatkan di dalam sebuah sangkar yang kecil dan keadaannya sangat kotor dan menjijikkan di sebuah tapak premis perniagaan. Sangkar itu juga terdedah kepada panas dan hujan. Saya melihat premis tersebut tersangat luas kawasannya tetapi anjing malang tersebut tidak pernah dikeluarkan dari sangkar yang kecil itu. Ketika pihak penguatkuasa DVS menyerbu tempat tersebut, saya sendiri telah mengambil tanggungjawab untuk mengiringi mereka untuk menunjukkan kawasan anjing malang tersebut diletakkan.

Moral yang terdapat di dalam kisah ini, manusia boleh menjadi gila sekiranya dikurung di dalam sebuah bilik yang panas dan kotor, begitu juga dengan anjing. Walaupun mereka adalah haiwan, tetapi itu tidak bermakna kita boleh menafikan hak mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Saya tidak menolak kemungkinan ramai juga yang memelihara anjing dan kucing sebagai trend. Anjing dan kucing yang berbaka cantik disayangi ketika sihat, tetapi ada juga manusia yang membuang mereka apabila sakit. Ini adalah satu kekejaman yang tidak sepatutnya dilakukan. Syabas kepada mereka yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk menjaga anjing dan kucing peliharaan mereka sehingga ke akhir hayat. Itulah ciri-ciri manusia yang berkualiti.
Jojo smiling with his new toy. Excited!

Kalau kita bosan, kita akan bersukan, bermain permainan video dan membaca buku. Anjing dan kucing juga begitu. Sebagai pemilik anjing atau kucing yang berkualiti, belikanlah mereka permainan dan bermainlah bersama dengan mereka. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kita dengan mereka di samping dapat melegakan tekanan kerja yang kita alami. Haiwan-haiwan ini akan selalu mendoakan kesejahteraan tuannya kalau dijaga dengan baik. Meletakkan diri kita di dalam keadaan mereka akan menimbulkan rasa ketenangan yang sukar diluahkan dengan perkataan. Anak-anak kecil kita akan ketawa dan riang apabila bergurau senda dengan haiwan peliharaan. Keluarga kita akan tersenyum apabila melihat haiwan peliharaan kita melompat-lompat kegirangan.

A rescued cat by PH and Team Hero, gets treatment

Menjaga kesihatan mereka dan membawa mereka ke klinik haiwan untuk pemeriksaan kesihatan mungkin adalah sesuatu yang sukar kepada mereka yang mempunyai banyak alasan. Tiada masa dan sibuk dengan kerja adalah alasan yang selalu diperkatakan. Sikap sebegini seharusnya dibuang di dalam hidup kita sebagai seorang pencinta haiwan. Kalau kita benar-benar sayangkan haiwan peliharaan kita, jadikanlah mereka sebagai sebahagian dari keluarga kita. Kalau kita tidak mampu untuk melakukannya, saya sarankan agar janganlah pelihara apa-apa haiwan kerana dikhuatiri ianya akan menjadi beban kepada kita.

Akhir kata, sekiranya anda terlihat ada kekejaman terhadap haiwan telah berlaku, laporkanlah ia kepada pihak DVS melalui emel pro@dvs.gov.my ataupun hantarkan aduan melalui SMS ke talian hotline 15888.

When a pet is deprived of attention and love, it is equal to abuse

Blogger's note: Believe me fursians, this is the basic before you opt to keep a pet.  They need your attention! Whatever comfort you think you deserve, your pet deserves the same. As I've put it on the picture above, when a pet is deprived of attention, care and love, it is equal to abuse.

If  it's your first time here, this segment is my hybrid bilingual post with renowned animal activist Papa Hero (from Kakimotong Fan Club), sharing his thoughts and views on animal welfare. This segment is also dedicated to a section of A Fortress of Fur followers who may feel comfortable reading in Bahasa Melayu (thanks to popular request). So now with this in place, you have no excuse to miss out on education and awareness due to language barriers. The English version can be found in our March edition magazine, in a two-page spread. If you didn't manage to get a copy, read it online on page 44-45.


Yours Furly,
L'Shawn Tanis

4 comments: